Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Matang Family Park
Matang Family Park terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Kuching. Bagi sesiapa yang ingin menyejukkan badan setelah berpanas, maka datanglah untuk bermandi-manda di sini. Terdapat gerai menjual makanan dan minuman di sini malah pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti BBQ di sini.
- Masa operasi: 8.00am-5.00pm setiap hari Yuran masuk: RM3 – Dewasa
- RM2 – Remaja
- RM1 – Kanak-kanak
VH Green Nature Park
VH Green Nature Park merupakan taman semulajadi pertama di Sarawak untuk kanak-kanak yang terletak di Matang. Tujuannya lebih kepada pembelajaran luar, dimana tempat ini mengajar kanak-kanak untuk mengenali dan menghargai flora dan fauna.
Terletak di Lot 125, Blok 6, Jalan Matang (via Jln Matang Baru-Telaga Air) dan dibuka dari 9.00am hingga 5.00pm (Isnin-Jumaat) dan 9.00am hingga 6.00pm (Sabtu-Ahad).
Yuran masuk adalah RM10 (dewasa) dan RM8 (16 tahun ke bawah)
Taman Negara Kubah
Pusat Hidupan Liar Matang terletak di Taman Negara Kubah, kira-kira 35km dari Kuching. Kawasan hutan hujan yang luas ini adalah rumah bagi hidupan liar yang terancam.Pusat Hidupan Liar Matang terletak 30 minit dari bandar Kuching dan ia mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke Pusat ini. Anda digalakkan untuk menyewa teksi kerana tiada bas biasa yang pergi terus ke sana. Atau, anda boleh menghubungi agensi pelancongan yang menawarkan pakej lawatan.
Pejabat Pelancongan Sarawark
Telefon: +6082-246 575 / 775
Layari Laman Web: mtpbkch@tourism.gov.my
MetroCity, Matang
Metrocity, Matang akan membangun menjadi sebuat tempat moden metropolis dimana akan merubah wajah kawasan Matang menjadi tempat kunjungan ramai. Dimajukan di kawasan seluas 183 hektar, Metrocity menyediakan pusat-pusat komersial dan kawasan pembangunan pelbagai guna terutamanya untuk aktiviti perniagaan. Jaraknya 5km dari Bandaraya Kuching. Terdapat kemudahan dan restoran-restoran seperti KFC, McDonald, Nasi Lemak Antarabangsa, Pak Somet Ayam Penyet, Nasi Kandar, kemudahan Petronas dan sebagainya.
Sumiran Eco-Camp
Sumiran Eco-Camp terletak di Jalan Rantau Panjang, Batu Kawa Kuching. Selepas jambatan Batu Kawa dari jalan MJC. Disini pengujung dapat menikmati alam semulajadi bersama keluarga, selain itu pengunjung juga boleh melakukan aktiviti outdoor. Antara aktiviti yang paling digemari pengunjung ialah flying fox. Fliying fox ini adalah yang terpanjang di Sarawak (161m).
Selepas penat menikmati alam semulajadi dan melakukan aktiviti, pengunjung boleh menikmati menu juadah yang ada di Sumiran Café. Di Sumiran Eco-Camp juga, ada menyediakan tempat penginapan yang sangat menarik dan selesa untuk pengunjung yang ingin bermalam, harga pun sangat berpatutan. Paling menarik sekali, setiap malam minggu akan diadakan campfire dan fireworks.
- MASA : 10Am-6Pm
- BUKA : SETIAP HARI
- TUTUP : SELASA
- NO.TEL : 016-445 9678
- FACEBOOK : Sumiran Eco-Camp
- EMAIL : sumiran.ecofarm@gmail.com
- LOKASI :Lot 896, Rantau Panjang, Batu Kawa, Matang Land District Kuching, Sarawak, Malaysia