Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Hameera dalam ICT
Nur Fatihah Hamera Bt Hadafi merupakan pelajar tahun 6 di SK ST Teresa. Adik Hamera menetap di PPR Taman Dahlia. Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Adik Nur Fatihah Hameera telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan.
Di situlah adik Hameera mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, bermula dari pengenalan kepada computer, peralatan computer, perisian computer, penggunaan aplikasi Microsoft Office, aplikasi media seperti Paint, mendaftar akaun e-Mel, e-Pembelajaran serta cara-cara mencari maklumat yang betul melalui atas talian. Setelah mengikuti beberapa kelas dan program kesedaran ICT selama 3 bulan, adik Hameera kini yakin menggunakan komputer tanpa penyeliaan.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya,Encik Mohamad Nasir Bin Hashim, telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Pembelajaran.
Melalui kelas dan program yang diadakan, Encik Mohamad Nasir telah mula yakin mempromosikan serta mengambil tempahan produk beliau iaitu apam balik melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook. Aplikasi tersebut telah memudahkan lagi urusan jual beli serta menambahkan lagi pendapatan harian beliau dengan mengambil tempahan, berbanding dengan sebelumnya, beliau hanya menjual apam balik di kiosk mengikut masa yang tertentu.
Kisah Kejayaan (Usahawan) – Nurr Maria Ulfa Binti Seruji
Puan Nurr Maria Ulfa binti Seruji merupakan pemilik Al-Khair Catering. Beliau membuat dan menjual Brownies dan kek serta mengambil tempahan untuk catering/jamuan. Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan untuk mencari pendapatan lebih, Puan Maria juga menjalankan perniagaan ini kerana minatnya terhadap masakan dan membuat kek. staff PIK banyak membantu dalam perkembangan kemahiran ICT dengan memperkenalkan laman web khusus untuk promosi dan jual beli atas talian serta hub-hub tertentu yang boleh digunakan untuk tujuan promosi dan pemasaran servis catering seta produk sampingan keluaran Al-Khair.
Kebaikan Aktiviti:
- Dapat memberi pendedahan tantang pengurusan perniagaan terutama dari segi promosi dan pentadbiran jual beli.
- Dapat membantu dalam perkembangan kemahiran ICT.
- Dapat mempromosikan produk dalam media sosial.