Program Asas Keusahawanan Belia Sarawak

17 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Satu Program Keusahawanan Belia Sarawak telah dijalankan di Bilik Latihan, PEDi PPR Taman Dahlia. Program ini telah di anjurkan oleh M-TRI Services (Bintulu) dengan kerjasama PEDi PPR Taman Dahlia. Hanya 2 orang peserta yang hadir menyertai program usahawan ini yang dijalankan selama 2 hari. Program Asas Usahawan Belia Sarawak ini diuruskan oleh Encik Cornelius Roy Anak Jagah dan Encik Zulkifly Hj Majidi. Dalam program ini, mereka diajar bagaimana cara penyuntingan teks dan diberikan lembaran kerja untuk dipraktiskan.

Di hari kedua program pula, para peserta diberi penerangan mengenai peranan dan kepentingan perakaunan dalam perniagaan dan aplikasi perakaunan yang asas. Program ini dibuat untuk mengajak dan mendedahkan kepada para belia khususnya cara menggunakan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan produk para usahawan. Selain itu, program ini memberi peluang kepada usahawan muda belia untuk berkongsi pendapat dan kaedah mempromosikan produk mereka. Ianya juga menggalakkan penduduk setempat terutamanya golongan belia untuk menyertai latihan-latihan ICT, kelas Usahawan dan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali