Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi 2022
25 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKhamis, 24 Februari 2022 - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Dahlia telah dijemput oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) untuk menjadi Penceramah bagi Program Kesedaran Klik Dengan Bijak Tingkatan 3 bagi tahun 2022. Taklimat ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting bermula jam 10.30 pagi. Lebih kurang 111 pelajar Tingkatan 3 termasuk Guru Bimbingan & Kaunseling iaitu Cikgu Zamli menyertai taklimat ini.
Program ini dijayakan bersama fasilitator daripada PEDi PPR Taman Malihah, PEDi Kampung Bako, PEDi Pasir Pandak dan juga PEDi PPR Batu Gong. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tips keselamatan dan gejala ketika melayari internet.
- Tips keselamatan Media Sosial (Jenayah Siber) - "Cyber Grooming"
- Risiko Dalam Talian - Maklumat Melampau dan Siber Buli.
- Kawal selia Kendiri
- Keselamatan Dalam Internet
- "Check Your Label" & "E-waste"
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang sangat baik dari pihak sekolah SMK TAHO.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: