Taklimat Klik Dengan Bijak & Advocacy
3 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2022 (Rabu), PEDi Kg. Pasir Pandak dengan kerjasama PEDi PPR Tmn Dahlia dan PEDi PPR Tmn Malihah telah dijemput oleh pihak Kolej Cosmopoint & UNITAR Wilayah Kuching untuk memberi taklimat dan advokasi kepada pelajar-pelajar Semester 2. Program berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari.
Taklimat berkenaan berkaitan dengan Perlindungan Pengguna Dalam Isu ‘Penipuan dalam Talian’ atau ‘Scammer’, ‘Cyber-Grooming’ dan ‘Maklumat Palsu’. Selain itu, kami juga memberi taklimat mengenai ‘Check Your Label’ dan ‘e-Waste’. Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran terhadap diri mereka dan alam sekitar. Selain taklimat, kami terdapat sesi soal jawab dan Kuiz mengenai tajuk yang dibentangkan.
Kebaikan/Kelebihan :
- Menerangkan mengenai keburukan dan kebaikan penggunaan internet, media sosial dan impaknya kepada golongan remaja.
- Memberi tips untuk mengelak daripada tertipu dalam talian.
- Memberi kesedaran terutamanya golongan remaja yang mudah khayal dan tertipu dengan dunia media sosial atau internet.
- Menerangkan kepada pelajar kebaikan membeli alat komunikasi yang mempunyai label MCMC.
- Menerangkan tentang kesan buruk pembuangan sisa elektrik dan elektronik terhadap diri mereka dan alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: