Program Advokasi Penipuan Kewangan Dalam Talian Bersama Bank Rakyat

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 22 Oktober 2022 - Program advokasi ini melibatkan beberapa orang peserta yang terdiri daripada warga komuniti Kg. Pasir Pandak dan Kg. Pasir Panjang. Program ini berlangsung di Dewan Masyarakat Kg. Pasir Pandak dan bermula pada pukul 9.15 pagi serta tamat pada pukul 10.00 pagi. Program ini adalah anjuran bersama dengan PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Bt Gong dan PEDi PPR Taman Malihah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti Kg. Pasir Pandak dan Kg. Pasir Panjang khasnya mengenai sindiket penipuan kewangan dalam talian yang semakin meluas dalam kalangan komuniti.

Antara pengisian lain yang diturut dimuatkan dalam program ini ialah cara atau tips menghindari sindiket ini berlaku pada diri peserta dan sesi soal jawab bagi menguji kepintaran dan minda para peserta. Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan mengenai tips menghindarkan diri daripada terjebak dalam kegiatan jenayah komersil ini supaya tidak memakan diri pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali