Program Advokasi Perancangan Pelaburan & Kewangan Bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
23 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 22 Oktober 2022, satu program advokasi telah dilaksana melibatkan beberapa orang peserta yang terdiri daripada warga komuniti Kg. Pasir Pandak dan Kg. Pasir Panjang. Program ini berlangsung di Dewan Masyarakat Kg. Pasir Pandak. Yang bermula dari jam 8.30 pagi dan tamat pada pukul 9.15 pagi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti setempat mengenai informasi perancangan pelaburan dan kewangan dalam kalangan komuniti. Ini penting kerana bukan sahaja melibatkan komuniti setempat sahaja bahkan juga masyarakat amnya yang berhadapan dengan situasi semasa ketika ini iaitu inflasi.
Antara pengisian lain yang diturut dimuatkan dalam program ini ialah sesi soal jawab bagi menguji kepintaran dan minda para peserta. Program ini dianjur bersama-sama PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Batu Gong dan PEDi PPR Taman Malihah. Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan dan ilmu mengenai perancangan pelaburan dan kewangan. Perancangan pelaburan dan kewangan perlulah dilakukan dengan seawal yang boleh atau serta merta supaya masyarakat tidak berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi yang menjadi punca utama masalah kewangan yang dihadapi oleh masyarakat B40 khasnya. Warga komuniti digalakkan untuk membuat simpanan dalam skim pelaburan atau skim amanah saham yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: