Moment Day UNITAR International University Student With The Children 2022

27 November 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 26 November 2022 - Program bersama ini dibuat melibatkan seramai 17 orang peserta terpilih yang terdiri daripada penghuni-penghuni anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib atau PERYATIM, Kuching. Program tersebut dianjurkan bersama-sama dengan PEDi Kg Pasir Pandak, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi Kg Bako dan UNITAR Kuching Region. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Program ini bertujuan untuk memberi ruang dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Kompleks Kebajikan Laila Taib atau dikenali sebagai PERYATIM Kuching. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya ialah permainan radio rosak, mencari gula-gula dalam tepung dan sebagainya

Kelebihan program ini ialah dapat memupuk kasih sayang dalam antara penganjur dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Program ini juga secara langsung mengajar diri yang bernasib baik agar sentiasa bersyukur dengan nikmat kesenangan yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali