Latihan ICT Microsoft Office – Ms.Publisher Dan Ms.Word

29 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 June 2022 (Selasa), PEDi PPR Taman Dahlia mengadakan latihan ICT kepada seorang peserta. Tujuan kami mengadakan latihan ICT ini kepadanya kerana beliau mahu belajar membuat tugasan sekolahnya menggunakan Microsoft Office dengan lebih baik. Tugasan yang diberikan ialah membuat kad perayaan menggunakan Ms. Publisher dan Ms.Word mengikut kreativiti para pelajar.

Selain itu, beliau diberitahu tentang kepentingan Microsoft Office dalam pembelajaran. Ini kerana, di zaman sekarang pentingnya ilmu asas ICT kepada pelajar sekolah memandangkan sekarang penggunaan komputer amat penting dalam setiap pembelajaran dan juga dalam alam pekerjaan. Dengan adanya latihan ICT ini dapatlah memudahkan urusan mereka untuk membuat tugasan sekolah nanti

Kebaikan aktiviti :
1. Dapat belajar sambil membuat tugasan yang diberikan supaya mereka lebih memahami
2. Dapat menjadikan mereka lebih kreatif dengan tugasan yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali