Program Bersama Centre of Technical Excellence (CENTEX)

18 September 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 17 September 2022 - Program ini dibuat melibatkan seramai 80 orang peserta yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia dan komuniti Kampung Pasir Pandak. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Pasir Pandak sempena dengan Program Sukan Hari Malaysia anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kg. Pasir Pandak dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Kuching iaitu PEDi Kg. Pasir Pandak dengan kerjasama PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Bt Gong dan PEDi Kg. Bako.

Program ini dijalankan selama satu (1) jam sahaja bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Encik Muhammad Shahmi bin Marjuki selaku Penolong Pengurus CENTEX, cawangan Santubong telah dijemput bagi memperkenalkan pusat latihan tersebut dan senarai kursus yang ditawarkan di CENTEX.

Antara kursus-kursus yang ditawarkan di CENTEX ialah kursus teknikal, kursus digital dan kursus warisan. Dalam program itu juga, terdapat sesi soal jawab terus diadakan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan. Encik Muhammad Shahmi turut memaklumkan kepada peserta jika mempunyai sebarang persoalan atau ingin mengadakan kelas amali di luar CENTEX bolehlah menghubungi pejabat pada bila-bila masa. Banyak informasi yang diperolehi daripada program ini termasuk memperkenalkan PEDi kepada umum. Acara program diteruskan sehingga malam dengan pelbagai aktiviti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali