Program Advokasi - Mencegah Daripada Menjadi Mangsa Scammer Dalam Talian
2 September 2022 | Aktiviti TerkiniKhamis – 1 September 2022, Penceramah jemputan adalah wakil daripada Bank Rakyat Cawangan Simpang 3, Kuching dan tajuk advokasi bertajuk “Mencegah Daripada Menjadi Mangsa Scammer Dalam Talian”.
Dalam program ini, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Batu Gong dan PEDi Kpg Bako terlibat secara langsung dan bekerjasama bagi menjayakan program ini. Program ini dijayakan di sekitar Tadika KEMAS, Kpg Pasir Pandak. Tujuan program ini untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya ibubapa murid-murid tentang bahayanya Scammer dalam talian dan bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa Scammer. Program ini juga mendedahkan kepada pengguna agar berhati-hati dalam melayari internet terutamanya dalam media sosial dan dalam urusan perbankan dalam talian.
Selain itu, wakil daripada Ar-Rahnu juga sempat memberi sedikit taklimat berkaitan gadai emas. Banyak tips dan manfaat yang diperolehi daripada pihak Ar-Rahnu Bank Rakyat berkaitan gadai emas secara mudah dan selamat.
Melalui program kesedaran ini, diharap setiap pengguna dapat mempelajari tentang penggunaan internet secara bijak dalam kehidupan kita. Banyak pengajaran dan pengetahuan dalam program ini agar dapat bersama membendung penyalahgunaan internet. Semoga program ini akan dilanjutkan agar orang awam mempunyai kesedaran mengenai penggunaan internet dari masa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: