Program Sambutan Ambang Kemerdekaan 2022

2 September 2022 | Aktiviti Terkini

Khamis – 1 September 2022, PEDi Kpg Pasir Pandak telah mengadakan satu program sempena kemerdekaan dengan anjuran Tadika KEMAS, Kpg Pasir Pandak. Dalam program ini juga, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Batu Gong dan PEDi Kpg Bako terlibat secara langsung bagi menjayakan program tersebut.

Program ini dijayakan di sekitar Tadika Kemas Kpg Pasir Pandak. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menaikkan semangat kemerdekaan dan mengajar erti kemerdekaan diperingkat awal kepada kalangan murid-murid Tadika Kemas. Selain murid-murid,ibu bapa mereka juga digalakkan untuk menyertai aktiviti bersama anak-anak Tadika.

Antara aktiviti yang dilakukan seperti perarakan sekitar kampung bersama murid-murid dan guru-guru Tadika Kemas. Selain itu, senaman aerobic juga diadakan bagi memberi keyakinan dan keseronokan kepada para peserta yang terlibat dalam program ini. Aktiviti seperti pertandingan mewarna juga diadakan bersama murid-murid dan ibu bapa murid.

Melalui program ini, dapat kita rapatkan lagi hubungan sesama murid-murid dan guru serta ibu bapa. Program ini juga amatlah berguna agar semangat cintakan negara tetap di hati dan murid-murid faham makna kemerdekaan dan cintakan negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali