Train The Trainer (TTT) Autocrat (e-sijil)

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 23 Julai 2022, bermula jam 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari, terdiri daripada beberapa orang pengurus PEDi telah mengikuti kelas Train The Trainer (TTT) Autocrat iaitu e-sijil yang diketuai oleh Encik Anwar, Pengurus PEDi Semenyih, Selangor.

Kelas ini bertujuan untuk mengajar cara menghasilkan e-sijil dan asas penggunaannya. Di dunia yang serba digital ini, untuk memudahkan sesuatu kerja, laporan dan sebagainya, autocrat merupakan salah satu aplikasi ringkas dan mudah untuk penyediaan e-sijil. Autocrat juga boleh menghasikan 100 buah sijil maksimum pada satu masa yang sama. Autocrat ini juga diperlukan oleh mana-mana agensi atau sesiapa sahaja untuk menghasilkan e-sijil dengan cepat dan mudah.

Autocrat ini juga terhasil dengan beberapa langkah sebelum terhasilnya e-sijil. Pertama sekali dengan membuat Google Form iaitu tempat di mana data perseorangan di ambil. Menarik mengenai autocrat ini, setelah siap sijil atau dokumen itu, kita boleh hantar email terus kepada penerima sijil.

Oleh itu, untuk memudahkan dan mempercepatkan sesuatu e-sijil, autocrat ini merupakan satu apikasi yang mudah dan harus dipelajari oleh setiap orang terutamanya yang memerlukan e-sijil (tanpa cetak).

Semoga lebih banyak program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang dalam usaha untuk membantu sesiapa sahaja dalam menambah ilmu pengetahuan sekaligus dapat memberi impak positif dalam pengurusan dan perjalanan sesebuah agensi ataupun pendidikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali