Umrah Era Pandemik Satu Perkongsian Pengalaman
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniSabtu – 22 Januari 2022, bermula jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam, agensi daripada pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bekerjasama dengan PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi Kg Pasir Pandak dan PEDi PPR Batu Gong dalam mengadakan satu pekongsian secara atas talian mengenai Umrah Era Pandemik. Ini merupakan satu tajuk dan yang sangat menarik kepada masyarakat di luar sana yang ingin tahu serba sedikit mengenai umrah dalam fasa pandemic ini. Jika sebelum ini, jemaah Umrah sudah biasa melakukan Umrah sebelum adanya wabak Covid-19 ini melanda di seluruh negara.
Apa yang diperolehi daripada pekongsian seorang Mutawwif Umrah atau Ustaz di sini, adalah seperti pengalaman berada di sana semasa musim pandemic ini. Salah satunya adalah penggunaan telefon pintar atau “smart phone” adalah sangat penting kerana Jemaah boleh menggunakan atau memuatnaik aplikasi yang dikenali sebagai ‘Tawakkalna’ dan ‘Eatmarna’ sekiranya hendak melakukan ibadah di Madinah dan Mekah.
Setiap ziarah atau tempat sejarah Nabi mempunyai slot-slot yang telah ditetapkan dan hanya boleh didaftarkan dengan menggunakan aplikasi tersebut. Salah satunya untuk menziarah Taman Syurga atau dikenali sebagai Raudhah hanya dibenarkan masuk hanya sekali sahaja. Tidak dibenakan masuk dalam tempoh 3 hari selepas itu.
Antara perkongsian dan pengalaman beliau, beliau banyak menceritakan suasana dan pejalanan sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Kini musim pandemik ini hanya dibenarkan sekali sahaja untuk melakukan umrah. Jika hendak melakukan Umrah banyak kali, Jemaah perlu melakukan Umrah di bahagian lain iaitu pada tingkat 2 dan tingkat 3. Untuk melakukan ibadah sama ada masuk ke Masjid Nabawi hanya dengan menunjukkan aplikasi Tawakkalna sahaja.
Di samping itu, terdapat juga penerangan mengenai ketetapan harga lantai baharu untuk mengerjakan Umrah pada era pandemik yang masih aktif menular di seluruh dunia. Kos harga lantai baharu terpaksa dinaikkan disebabkan faktor luar kawalan iaitu tambang pesawat, kadar hotel di Tanah Suci dan kos-kos lain.
Sebelum program temu bual bicara berakhir, terdapat sesi soal jawab yang memberi peluang kepada para penonton yang sedang mengikuti program temu bual secara atas talian untuk bertanya kepada Ustaz Muhammad Azri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah umrah.
Besar impak atau kesan daripada pandemik ini kepada ibadah Umrah atau Haji. Tetapi, semua Jemaah dapat atau dibenarkan solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Ini merupakan satu perkongsian yang berguna kepada bakal Jemaah di luar sana. Semoga kita semua akan di jemput menjadi tetamu Allah.