Program Advokasi Celik Kewangan
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Advokasi Celik Kewangan ini telah diadakan di Lance Court, Kampung Pasir Panjang, Kuching pada 21 Mei 2022 (Sabtu) dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
Program tersebut adalah anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Pandak. Dijangka lebih daripada 30 orang peserta yang telah menyertai program tersebut dan rata-ratanya terdiri daripada komuniti Kampung Pasir Pandak sendiri.
Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada komuniti Kg Pasir Pandak mengenai cara menguruskan kewangan dengan baik dan betul selain memberi tips bagaimana caranya untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebagai pendapatan kedua berikutan keadaan semasa iaitu kos hidup yang tinggi dan tekanan harga barang yang semakin meningkat.
Terdapat juga aktiviti selingan turut dimuatkan dalam program tersebut. Antaranya ialah Kuiz Celik Kewangan dan simulasi membuat perbelanjaan dengan nilai bajet kewangan yang diberikan.
Penceramah jemputan untuk program tersebut ialah Encik Yeo Wee Kiak, Penasihat Kewangan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia Cawangan Sarawak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: