Webminar Program Penerimagunaan Digital MDEC @ PEDi

20 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Program Penerimaan Digital MDEC @ PEDi dianjurkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada 19 Mei 2022, hari Khamis. Program ini telah dijalankan atau berlangsung secara atas talian.

Program tersebut juga telah diadakan selama 2 jam bermula dari jam 9.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Program ini melibatkan semua warga kerja Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlaksanaan program-program digital MDEC yang bakal ditawarkan di PEDi, keperluan serta kaedah bagi menghebahkan program-program digital kepada komuniti di PEDi.

Penceramah jemputan yang diberi tanggungjawab dalam program tersebut ialah Encik Nurezali bin Osman, Pengurus Kanan Bahagian Digital Entrepreneurs, Digital Adoption MDEC

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali