Kursus Latihan Pengendali Makanan
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2022 (Ahad), Syarikat Kekal Indah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan di Bilik Latihan, PEDi PPR Taman Dahlia. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai kandungan menarik dan penuh informasi berpandukan modul yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia selama 3 jam. Kursus tersebut akan dibentangkan oleh seorang pelatih pengendali makanan yang telah mengikuti program latihan pengendali makanan anjuran kementerian kesihatan malaysia. Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
- Pengenalan
- Kebersihan makanan
- Keselamatan makanan
- Faktor – faktor kritikal keracunan makanan
Peserta akan didedahkan dengan lebih jelas oleh penceramah yang bertauliah berdasarkan 4 seksyen yang dijelaskan di atas. Setelah tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil tamat kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh sekolah latihan pengendali makanan yang menganjurkan kursus tersebut.
Kebaikan Aktiviti :
1. Sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada pengendali makanan yang menghadiri kursus mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
2. Memberi kesedaran tentang kepentingan kebersihan dalam pengendalian makanan
3. Mengelakkan pencemaran makanan yang menyebabkan penyakit dan keracunan makanan.
4. Memberi kefahaman terhadap undang-undang yang berkaitan dengan premis makanan.
5. Memastikan premis makanan dapat diurus dengan baik.
6. Menurunkan risiko kejadian penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: