Bangkit- Menuju Ke Platform E-Dagang (FoodPanda)

21 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2022 (Ahad), Satu program perkongsian “Bangkit- Menuju Ke Platform E-Dagang (FoodPanda)” telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dijayakan bersama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di zon Sarawak.

Program ini bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.15 petang dengan perkongsian yang ringkas, mantap dan mudah difahami oleh para peserta. Ianya telah disampaikan oleh Encik Nurul Asraf bin Ibrahim, Pengurus PEDi Kg Quop. Program ini juga dibuat secara atas talian melalui aplikasi Zoom.

Antara intipati program tersebut ialah cara-cara mendaftar menjadi seorang ‘vendor’ yang ingin menjadi salah seorang peniaga atau usahawan di aplikasi FoodPanda. Selain itu, Encik Nurul Asraf juga berkongsi ilmu mengenai pengiraan komisyen dan cukai jualan.

Program ini banyak memberi manfaat kepada para usahawan khasnya usahawan yang menjalankan perniagaan ataupun perusahaan dalam skala besar khasnya perusahaan dalam industri makanan dan minuman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali