Asas ICT & Laman Web
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2022 (Sabtu), Seorang pengunjung datang untuk belajar cara mengisi maklumat didalam laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). melalui sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya. Untuk mengisi kekosongan jawatan dalam laman web tersebut beliau perlu membuat akaun email yang baru supaya maklumat jawatan akan sampai kepada beliau.
Beliau diajar cara membuat email dan menerangkan tentang kegunaan email.Selepas itu, beliau juga belajar cara mengisi maklumat didalam SPA. Staf PEDi menerangkan satu persatu maklumat yang perlu diisi dengan lengkap dan dimuat naik didalam sistem tersebut.
Untuk pengetahuan, Email (electronic mail) atau surat elektronik berfungsi sebagai alat menghantar pesanan melalui teknologi komputer, komputer riba dan telefon pintar yang terhubung dengan jaringan internet. Email digunakan untuk mengirimkan data, dalam bentuk fail teks, gambar, audio ataupun video. Dengan menggunakan email, pengiriman data seperti surat menyurat menjadi lebih mudah dan cepat dibandingkan dengan kiriman pos. Ada beberapa pautan yang menyediakan pembuatan email diantaranya adalah Yahoo mail, AOL, Yandex, zoho, icloud, Microsoft Outlook dan yang sering digunakan adalah Gmail
Kebaikan Aktiviti:
1. Peserta akan tahu bagaimana menggunakan email dan kebaikannya.
2. Peserta mengenal penggunaan dan fungsi email.
3. Peserta dapat belajar cara mengisi maklumat didalam sistem
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: