Taklimat Kesedaran Bahaya “Scam” dan Akaun Tumpang Bersama Bank Rakyat

19 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 18 Mac 2022, Jumaat, satu taklimat kesedaran telah dibuat melibatkan beberapa orang warga kerja Pusat Ekonomi Digital Zon Sarawak dan peserta-peserta luar. Program ini telah berlangsung secara atas talian. Program ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.

Program anjuran bersama Bank Rakyat Matang Jaya, Kuching dan Pusat Ekonomi Digital , Zon Sarawak bertujuan bagi mendedahkan kepada masyarakat amnya mengenai bahayanya “scam” dan akaun tumpang.

Pelbagai input dan video telah dikongsi bersama oleh Puan Norazlin binti Satar iaitu Pegawai Eksekutif, Bank Rakyat Cawangan Matang Jaya mengenai perkara tersebut.

Kelebihan program ini ialah dapat membuka mata masyarakat atau komuniti amnya bahawa penipuan atau “scam” merupakan jenayah komersil yang serius dan boleh membawa kepada kerugian besar kepada mangsa penipuan tersebut

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali