Forum Anjuran MCMC Bertajuk "Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia dalam Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik"
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniRabu 27 Julai 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Jabatan Keterlibatan Komuniti telah mengadakan sebuah forum yang bertajuk "Akses Dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Dan Matematik" melalui platform dalam talian: Zoom meeting dan FB Live ‘Klik Dengan Bijak’. Perkongsian ini bermula pada pukul 2.00 petang -4.30 petang.
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl's in ICT 2022, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Menyedari kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh golongan remaja dan belia wanita, Malaysia, di bawah penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Ini adalah kerana pemerkasaan remaja dan belia wanita dalam industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting dalam meningkatkan kesetaraan gender di Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk:
- Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia.
- Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT.
- Membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
- Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: