Program Advokasi “Jom Kenali Kolestrol dan Gaya Hidup Sihat”
19 April 2022 | Aktiviti TerkiniProgram advokasi ini dibuat melibatkan beberapa orang peserta dari luar dan penyertaan dari beberapa buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Program tersebut dilakukan secara atas talian melalui platform Google Meet. Program bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai apa sebenarnya kolestrol dan bagaimana gaya hidup sihat sentiasa dapat diamalkan. Program ini adalah anjuran bersama Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKFM). Program tersebut dimulakan dengan pendedahan dan peranan NKFM ini kepada msayarakat. Banyak input yang diperoleh dengan menyertai program advokasi tersebut.
Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan dan didedahkan mengenai info kolestrol dan gaya hidup sihat seperti yang telah dikongsikan oleh penceramah jemputan.Selain itu, penceramah banyak berkongsi tips gaya hidup sihat. Ada sesi soal jawab bersama peserta dan kuiz yang dimainkan pada akhir sesi advokasi tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: