Program Advokasi Alam Sekitar Bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) & Trienekens

7 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 6 Ogos 2022 - Program Advokasi Alam Sekitar ini dibuat melibatkan beberapa orang peserta sahaja. Program tersebut berlangsung di Dewan Masyarakat Kg Tunku, Jalan Astana, Kuching. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 9.30 pagi.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti Kg Tunku, Jalan Astana khasnya mengenai kitar semula barang-barang yang boleh diguna pakai untuk beberapa kali demi kelangsungan dan kesejahteraan sumber-sumber asli yang sedia masa pada masa akan datang. Program ini dianjurkan bersama-sama dengan DBKU dan Trienekens.

Kelebihan program ini ialah para peserta mendapat pengetahuan dan didedahkan mengenai pentingnya kitar semula (e-sisa) barang-barang bagi mengurangkan longgokan sampah yang kian membimbangkan dan bagaimana menguruskan e-sisa dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali