Kelas Advokasi: Check Your Label (Semak Label Anda)

8 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 7 Ogos 2021: Kelas advokasi ini dibuat melibatkan lima (5) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan melibatkan kerjasama Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong, Pusat Internet Komuniti Pasir Pandak, Pusat Internet Komuniti Kg Tebelu dan Pusat Internet Komuniti Bawang Assan. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi serta tamat pada pukul 11.00 pagi.

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kempen yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya berhati-hati dalam membeli peralatan komunikasi. Pastikan peralatan komunikasi yang dibelikan tersebut mempunyai label SKMM. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh mengambil langkah bijak dengan menyemak label SKMM terlebih sebelum membeli sesuatu peralatan tersebut bagi mengelakkan penipuan berlaku yang melibatkan peralatan komunikasi kini.Peserta dimaklumkan juga bahawa jika tiada label SKMM dipamerkan bolehlah membuat aduan secara terus ke pejabat SKMM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali