Sesi Perkongsian Bertajuk 'Wanita, Remaja, Dan Ict' Anjuran MCMC

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 30 April 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Jabatan Keterlibatan Komuniti telah mengadakan sebuah sesi perkongsian yang bertajuk 'Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah’ melalui platform dalam talian: Zoom meeting. Perkongsian ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl's in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Menyedari kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh golongan remaja dan belia wanita, Malaysia, di bawah penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Ini adalah kerana pemerkasaan remaja dan belia wanita dalam industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting dalam meningkatkan kesetaraan gender di Malaysia.

Objektif program ini adalah untuk:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali