Program Bual Bicara “Penyakit Tiga Serangkai”
27 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniSabtu, 26 Jun 2021 – Satu program Bual Bicara “Penyakit Tiga Serangkai” telah diadakan anjuran bersama enam (6) buah Pusat Internet Komuniti iaitu PIK PPR Taman Dahlia, PIK PPR Taman Malihah, PIK PPR Batu Gong, PIK Kg. Pasir Pandak, PIK Kg. Tebelu dan PIK Bawang Assan serta orang awam secara atas talian yang menggunakan platform atas talian iaitu Zoom Meeting, FB Live dan Streamyard.
Program bual bicara ini menjemput seorang Pegawai Perubatan daripada Hospital Mukah iaitu Dr. Mohd. Abdul Rahman Bin Bujang yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk;
- Memberi input dan informasi kepada umum mengenai penyakit tiga serangkai ini
- Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai punca dan cara mengatasi penyakit ini
- Perlu ambil langkah pencegahan bagi mengelak risiko penyakit 3 serangkai iaitu jantung, diabetes & darah tinggi
Antara objektif dan kebaikan program ini adalah:
- Pengurus dan Penolong Pengurus serta orang awam dapat ilmu pengetahuan tentang topik yang dibincangkan
- Menambah pengetahuan bagaimana cara mengatasi dan mengubati penyakit serius ini
- Selain daripada penyakit 3 serangkai, panel juga menjawab lain-lain soalan berkaitan perubatan
- Memberi pengenalan mengenai penyakit tiga serangkai
- Membincangkan mengenai punca utama penyakit ini dan cara mengatasinya
- Tips-tips mengubati dan menghindari daripada penyakit ini supaya kita dapat menjalani hidup sihat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: