Program Advokasi KafeTeen@PEDi Siri 4

29 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Program advokasi siri ke-empat (4) dan terakhir ini dibuat melibatkan seramai lima (5) orang peserta. Program tersebut ini dilakukan secara atas talian sahaja.Program bermula pada pukul 10.00 pagi serta tamat pada pukul 11.00 pagi. Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih di Sarawak.Program tersebut turut dihadiri oleh warga kerja beberapa buah PEDi iaitu PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Taman Malihah dan PEDi Kg. Bako bagi sama-sama menyokong dan memeriahkan program advokasi yang dianjurkan oleh LPPKN. Program tersebut terbuka kepada golongan remaja atau belia yang berusia antara 13-24 tahun.

Program siri ke-empat (4) dan terakhir ini berfokuskan dan memberi kesedaran kepada golongan remaja mengenai ‘Abstinen’ dan teknik penolakan ajakan ke tempat-tempat sunyi yang cenderung ke arah perbuatan maksiat. Pada siri ini, Cik Aznur Aznaina Salleh telah diberi ruang untuk menerangkan mengenai perkara tersebut.Program ini dianjurkan bersama oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa buah Pusat Ekonomi Digital terpilih di Sarawak.

Kelebihan program ini ialah agar peserta sedar dan faham bahawa teknik penolakan dan ‘Abstinen’ ini merupakan perkara terbaik bagi mengelakkan masalah sosial yang lebih melarat berlaku sehingga berlakunya kehamilan luar nikah yang tidak diingini dalam kalangan remaja.Program advokasi berakhir dengan sesi gambar kenang-kenangan bersama peserta-peserta yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali