Program Advokasi KafeTeen@PEDi Siri 3

28 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Program advokasi siri ketiga (3) ini dibuat melibatkan seramai empat (4) orang peserta. Program tersebut ini dilakukan secara atas talian sahaja.Program bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100AM. Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih di Sarawak.Program tersebut turut dihadiri oleh warga kerja beberapa buah PEDi bagi bersama-sama menyokong dan memeriahkan program advokasi yang dianjurkan oleh LPPKN. Program tersebut terbuka kepada golongan remaja atau belia yang berusia antara 13-24 tahun.

Program siri ketiga (3) ini berfokuskan dan memberi kesedaran kepada golongan remaja mengenai persediaan untuk menjalinkan hubungan percintaan pada usia remaja, Pada siri ini, Cik Dayang Ummi, telah diberi ruang untuk menerangkan mengenai persediaan remaja ke arah hubungan percintaan. Program ini dianjurkan bersama oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa buah Pusat Ekonomi Digital terpilih di Sarawak.

Kelebihan program ini ialah agar peserta sedar dan faham bahawa adakah golongan remaja sudah betul-betul bersedia untuk menjalinkan hubungan percintaan pada usia yang sangat muda bagi mengelakkan segala masalah berlaku pada masa akan datang seperti kehamilan tidak diingini seperti yang diterangkan oleh penceramah dalam sesi ini.Program advokasi berakhir dengan sesi gambar kenang-kenangan bersama peserta-peserta yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali