Asas Aplikasi Whatsapp – Whatsapp Web

22 November 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad, 21 November 2021, seorang pelajar telah datang ke PEDi PPR Taman Dahlia untuk membuat kerja sekolah. Pada musim covid-19 ini pelajar telah diarahkan belajar secara maya. Jadi, dengan menggunakan aplikasi Whatsapp para guru akan berinteraksi secara terus dengan pelajar. Segala arahan kerja sekolah dan kemaskini sesi pembelajaran akan dihantar melalui Whatsapp.

Oleh itu, pelajar tadi belum mahir menggunakan aplikasi Whatsapp dengan cara mengakses melalui komputer iaitu Whatsapp Web untuk menghantar kerja sekolah yang telah siap. Jadi, petugas PEDi mengajar pelajar tersebut menggunakan Whatsapp Web.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali