Sesi Perkongsian Program Rakyat Preneur
12 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniSelasa, 11 Mei 2021 – Bank Rakyat sedang mempromosikan satu program iaitu Program Rakyat Preneur. Oleh hal yang demikian, wakil pihak Pusat Internet Komuniti Kg. Pasir Pandak bekerjasama mengadakan sebuah sesi perkongsian yang bertajuk “Program Rakyat Preneur” melalui platform dalam talian: Zoom meeting. Perkongsian ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan disertai oleh semua Pengurus Pusat Internet Komuniti Wilayah Sarawak.
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti berkongsi ilmu kepada para Pengurus Pusat Internet Komuniti sekaligus untuk Bank Rakyat mempromosikan program tersebut iaitu inisiatif untuk membantu usahawan Asnaf. Sesi perkongsian ini dikendalikan oleh Encik Zulhisyam bin Ahmad (Penolong Pengurus, Cawangan Bank Rakyat Simpang 3).
Antara objektif dan kebaikan program ini adalah:
- Memperkasakan dan membantu usahawan Asnaf
- Menerangkan mengenai bantuan suntikan dana dan memberi bimbingan mengenai program tersebut
- Membincangkan antara kriteria kelayak usahawan yang layak untuk menyertai program ini serta kategori perniagaan yang layak dipertimbangkan
- Pengurus PIK dapat memberikan advokasi dan dapat memberi bimbingan kepada para usahawan kelak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: