Microsoft Office - Word Basic
27 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2020 (Sabtu), Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan latihan ICT (Microsoft) – Word Basic. Tujuan kami mengadakan aktiviti latihan ICT ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada individu yang datang supaya mereka lebih mengenal Microsoft Office khususnya Microsoft Word. Selain itu juga, kita boleh menjadikan seseorang itu agar bijak dan mahir menggunakan Microsoft Word untuk kegunaan masa hadapan nanti sambil melatih mereka agar biasa menggunakan Word supaya tidak ketinggalan sejajar zaman teknologi ini.
Selain itu, kami juga memberitahu tentang kepentingan Microsoft Office dalam pembelajaran ini kerana zaman sekarang pentingnya ilmu ICT kepada semua memandangkan penggunaan komputer amat penting dalam setiap pembelajaran dan juga dalam alam pekerjaan. Dengan adanya latihan ICT ini dapatlah memudahkan urusan mereka untuk membuat surat, “cover letter”, Resume dan pelbagai tugasan nanti.
Kelebihan dan kebaikan asas Microsoft Office:
- Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
- Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
- ICT juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: