Kemaskini Maklumat Berkaitan Covid 19 Di Facebook Page dan Instagram Pusat Internet Semasa Tempoh PKP, PKPB dan PKPP
2 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2020 (Isnin), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19. PKP itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Maka, mulai 18 Mac 2020 (Rabu), Pusat Internet diarahkan tutup dan pekerja diarahkan untuk bekerja dari rumah. Sepanjang tempoh PKP, segala aktiviti adalah terhad dan dilakukan melalui dalam talian. Selain daripada membuat dan menghantar tugasan melalui dalam talian, aktiviti yang dilakukan adalah mengemaskini maklumat berkaitan Covid 19 di laman sesawang semua platform media sosial seperti Facebook, page Pusat Internet dan Instagram sepanjang tempoh PKP, PKPB hingga PKPP sekarang.
Tujuannya adalah:
- Menyampaikan maklumat yang sahih berkaitan Covid 19 melalui media sosial Pusat Internet PPR Taman Dahlia
- Kempen Kesedaran Covid 19 dan SOP PKP seperti yang diarahkan oleh pihak MCMC.
- Memenuhi aktiviti “Work from Home” staf Pusat Internet semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP.
Antara kebaikannya adalah:
- Dapat menyampaikan maklumat yang sahih dan terkini berkaitan Covid 19 kepada orang ramai melalui media sosial.
- Dapat menyampaikan perkembangan terkini situasi Covid 19 yang berlaku di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: