Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 - KDB & Advokasi 2020

7 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin, 6 Januari 2020- Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah dijemput oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) untuk menjadi Penceramah bagi Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 1 tahun 2020. Taklimat ini diadakan di SMK Semerah Padi, Kuching bertempat di Dewan Perdana bermula jam 12.30 tengah hari hingga jam 2.30 petang. Lebih kurang >250 pelajar baru Tingkatan 1 termasuk Guru menyertai taklimat ini. Program ini dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet Taman Malihah.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang sangat baik dari pihak sekolah SMK Semerah Padi. Terima kasih yang tak terhinggah kepada Cikgu sekolah tersebut atas kerjasama yang baik. Jom! Klik Dengan Bijak. Kongsikan maklumat. Sebarkan yang bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali