Aktviti Hari Merdeka – Malaysia Prihatin
23 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2020 (Sabtu), Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan aktiviti sempena Hari Kemerdekaan yang Ke-63, dengan Tema “Malaysia Prihatin”. Aktiviti ini disertai oleh sebelas (13) orang peserta yang berumur 7-16 tahun. Aktiviti yang diadakan ialah mengadakan Pertandingan Membuat Poster sempena sambutan Hari Merdeka. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan keterujaan dan semangat patriotik di kalangan peserta atau para pelajar dan semangat kecintaan terhadap negara secara tak langsung dapat diserapkan melalui aktiviti seperti ini. Segala aktiviti yang dijalankan dipantau oleh staf PI untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi oleh para peserta.
Kebaikan aktiviti:
- Aktiviti membuat poster ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme dengan Tema “Malaysia Prihatin” dalam negara kita menentang virus Covid-19.
- Menyesuaikan diri para peserta serta memdedahkan mereka dengan norma-norma baharu sambutan Hari Kemerdekaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: