Program Kesedaran Advokasi Klik Dengan Bijak
13 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniRabu, 12 Februari 2020-PI Kpg Bako bekerjasama dengan PI PPR Taman Dahlia danPusat Internet PPR Taman Malihah telah menyertai satu Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2020 di SMK Bako yang dihadiri seramai 273 orang pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2020 bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.
- Risiko Dalam Talian - Media Sosial, Sexting dan Maklumat palsu
- Keselamatan dalam Internet
- Check your label
- Mobile e-Waste
Aktiviti sokongan dilakukan kepada pelajar iaitu membina Azam 2020. Aktiviti ini memberi pengenalan kepada para pelajar agar lebih fokus dan memberi semangat untuk membina cita-cita yang tinggi untuk masa depan mereka. Jom! Klik Dengan Bijak!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: