Kursus Latihan Pengendali Makanan 2.0
3 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 2 Februari 2020 (Ahad), Syarikat Kekal Indah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan 2.0 di Bilik Latihan, Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai kandungan menarik dan penuh informasi berpandukan modul yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 jam. Kursus ini dikendalikan oleh seorang Pelatih Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
- Pengenalan
- Kebersihan makanan
- Keselamatan makanan
- Faktor – faktor kritikal keracunan makanan
Setelah tamat kursus, peserta layak untuk menerima Sijil Tamat Kursus Pengendalian Makanan yang dikeluarkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang menganjurkan kursus tersebut.
Kebaikan aktiviti:
- Sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada pengendali makanan yang menghadiri kursus ini mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
- Memberi latihan dan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dalam mengendalikan makanan.
- Mengelakkan pencemaran makanan yang menyebabkan penyakit dan keracunan makanan
- Memberi kefahaman terhadap undang-undang yang berkaitan dengan premis makanan
- Memastikan premis makanan dapat diurus dengan baik
- Menurunkan risiko kejadian penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: