Basic ICT (Creating an Email)
28 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 27 jan 2020 (sabtu), kami mengadakan Kelas membuat akaun email.menggunakan Gmail.Kelas ini diadakan bertujuan Memberi pendedahan tentang penggunaan media sosial. Selain itu, menerangkan tentang kegunaan email dalam pelbagai cara dan kebaikan membuat email. Aktiviti ini berjalan selama 2 jam dan dihadiri oleh seorang peserta yang datang ke Pusat Internet.
Untuk pengetahuan, Email (electronic mail) atau surat elektronik berfungsi sebagai alat menghantar pesanan melalui teknologi komputer, laptop dan smartphone yang terhubung dengan jaringan internet.Email digunakan untuk mengirimkan data, dalam bentuk file teks, gambar, audio ataupun video. Dengan menggunakan email, pengiriman data seperti surat menyurat menjadi lebih mudah dan cepat dibandingkan dengan kiriman pos.Ada beberapa pautan yang menyediakan pembuatan email diantaranya adalah Yahoo mail, AOL, Yandex, zoho, icloud, Microsoft Outlook dan yang sering digunakan adalah Gmail
Kebaikan Aktiviti :
- Peserta akan tahu bagaimana menggunakan email dan kebaikannya.
- Peserta mengenal penggunaan dan fungsi email.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: