Asas ICT – Membuat Akaun Email
25 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2020 (Jumaat), latihan asas ICT membuat akaun email menggunakan Gmail telah diadakan. Ini bertujuan memberi pendedahan tentang penggunaan media sosial. Selain itu, menerangkan tentang kegunaan email dalam pelbagai cara dan kebaikan membuat email. Aktiviti ini berjalan selama 3 jam dan dihadiri oleh seorang peserta yang datang ke Pusat Internet untuk belajar.
Untuk pengetahuan, Email (electronic mail) atau surat elektronik berfungsi sebagai alat menghantar pesanan melalui teknologi komputer, komputer riba dan telefon pintar yang terhubung dengan jaringan internet. Email digunakan untuk mengirimkan data, dalam bentuk fail teks, gambar, audio ataupun video. Dengan menggunakan email, pengiriman data seperti surat menyurat menjadi lebih mudah dan cepat dibandingkan dengan kiriman pos. Ada beberapa pautan yang menyediakan pembuatan email diantaranya adalah Yahoo mail, AOL, Yandex, zoho, icloud, Microsoft Outlook dan yang sering digunakan adalah Gmail.
Kebaikan Aktiviti:
- Peserta akan tahu bagaimana menggunakan email dan kebaikannya.
- Peserta mengenal penggunaan dan fungsi email.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: