Keselamatan Komputer
18 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Nov 2020 (Selasa), staff PIK PPR Taman Dahlia berkongsi maklumat mengenai keselamatan komputer secara dalam talian di facebook rasmi PI PPR Taman Dahlia. Tujuan perkongsian ini dibuat supaya pengguna tahu bagaimana untuk melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service. Dengan perkongsian ini , pengguna akan lebih tahu untuk melindungi data peribadi mereka dari ancaman luar dan sentiasa berhati-hati.
Kebaikan Aktiviti:
- Pengguna akan lebih berhati-hati supaya tidah mendedahkan maklumat peribadi atau sulit kepada individu yang tidak dibenarkan. Dan Hanya orang yang berhak sahaja boleh akses maklumat/data peribadi.
- Supaya pengguna tidak tertipu dengan scammer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: