Asas ICT & Laman Web

17 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2020 (Jumaat), Seorang pengunjung datang untuk belajar cara mengisi maklumat didalam e-Recruitment dan SPA. Memandangkan 28 September 2020 yang lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA8i) akan menggunakan sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya. Untuk mengisi kekosongan jawatan dalam laman web tersebut beliau perlu membuat akaun email yang baru supaya maklumat jawatan akan sampai kepada beliau.

Beliau diajar cara membuat email dan menerangkan tentang kegunaan email.Selepas itu, beliau juga belajar cara mengisi maklumat didalam e-Recruitment dan SPA. kakitangan PI menerangkan satu persatu maklumat yang perlu diisi dengan lengkap dan dimuat naik didalam sistem tersebut.

Untuk pengetahuan, Email (electronic mail) atau surat elektronik berfungsi sebagai alat menghantar pesanan melalui teknologi komputer, komputer riba dan telefon pintar yang terhubung dengan jaringan internet. Email digunakan untuk mengirimkan data, dalam bentuk fail teks, gambar, audio ataupun video. Dengan menggunakan email, pengiriman data seperti surat menyurat menjadi lebih mudah dan cepat dibandingkan dengan kiriman pos. Ada beberapa pautan yang menyediakan pembuatan email diantaranya adalah Yahoo mail, AOL, Yandex, zoho, icloud, Microsoft Outlook dan yang sering digunakan adalah Gmail

Kebaikan Aktiviti:
1. Peserta akan tahu bagaimana menggunakan email dan kebaikannya.
2. Peserta mengenal penggunaan dan fungsi email.
3. peserta dapat belajar cara mengisi maklumat didalam sistem.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali