Hari Terbuka Aidilfitri Pusat Internet Dahlia

1 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 June 2019 (Ahad), kami mengadakan Hari Terbuka Aidilfitri Pusat Internet Dahlia. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara Komuniti Taman Dahlia dan komuniti luar juga. Selain itu, mengajak mereka belajar tentang internet dan komputer. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah pertandingan Kad Raya Kreatif ICT, Sampul Raya D.I.Y, Magic Hand Typing, Wooden Puzzle Dan Taklimat KDB Dan Advocacy.

Selain itu, Kursus Pengendalian Makanan juga dijalankan untuk para usahawan yang ingin mendapatkan siil. Selain itu juga, antara aktiviti sokongan bagi merancakkan lagi majlis ialah Cabutan Bertuah dan Pakaian Raya Havoc. Kami berharap dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pusat internet dengan penduduk setempat mahupun penduduk diluar kawasan.

Kebaikan Aktiviti :

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali