Kursus Keusahawanan Digital Siri 6/2019
7 April 2019 | Aktiviti Terkini6 April 2019, Sabtu - Pusat Internet Kg Bako telah mengadakan Kursus Keusahawanan Digital dengan kerjasama Pusat Internet PPR Taman Dahlia dan Taman Malihah sebagai tenaga pengajar. Seramai 13 orang wanita dari Kampung Bako Hilir menyertai Kursus Keusahawanan Digital anjuran Pusat Khidmat DUN Demak Laut bersama Pusat Internet Kampung Bako Hilir bermula 8 pagi sehingga 5 petang. Setiap minggu beberapa kumpulan wanita dari 28 buah kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut mengikut Kursus Keusahawanan Digital ini yang diadakan di Pusat Internet Kampung Bako Lot.
Terdahulu, Dr Hazland telah memberikan tips-tips yang sangat berguna kepada peserta dalam mengharungi ilmu perniagaan ini. Tujuan kursus ini diadakan untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- Cara membuat Email
- Cara membuat dan menggunakan ‘Facebook page’
- Membuat Logo perniagaan
- Cara pengambilan gambar produk yang betul
- Cara mempromosikan perniagaan secara atas talian.
Para peserta diingatkan supaya menggunakan peluang kemahiran dan pengetahuan Kursus 'Online Marketing' dan Asas Keusahawanan ini dengan sebaik-baiknya untuk direalisasikan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: