Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi 2019
24 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniRabu, 23 Oktober 2019- Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah dijemput oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) untuk menjadi Penceramah bagi Program PASCA PT3 2019 mengenai "Klik Dengan Bijak" dan Advokasi. Taklimat ini diadakan di SMK Tun Abang Haji Openg (TAHO) bertempat di Dewan Toh Puan Hajah Masniah bermula jam 8 pagi sehingga 10.30 pagi. Lebih kurang 250 pelajar Tingkatan 3 menyertai taklimat ini.
Program ini dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet Taman Malihah dan PI Kampung Bako. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.
- Tips keselamatan Media Sosial (Jenayah Siber) - "Cyber Stalking", "Cyber Grooming" & "Sexting"
- Risiko Dalam Talian - Maklumat Melampau dan Siber Buli.
- "Sebenarnya.my"
- "Check Your Label" & "E-waste"
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang sangat baik dari pihak sekolah SMK TAHO.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: