Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi 2019

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad, 14 April 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah sekali lagi telah mengadakan satu program kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" bersama anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) Kuching bermula jam 2 sehingga 4.30 petang. Program ini telah dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet Taman Dahlia dan Pusat Internet PPR Batu Gong.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

Program ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali bersama anak-anak peryatim pada tahun 2017. Alhamdulillah masih ada yang ingat pada kami. Semoga kita akan bersua kembali pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali