KDB & Advokasi
28 November 2019 | Aktiviti TerkiniRabu, 27 Nov 2019 – Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan taklimat ringkas tentang kDB dan Advokasi kepada kanak-kanak yang mengujungi Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Taklimat ini diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Internet PPR Taman Dahlia, bermula pukul 10.00pagi hingga 11.00pagi. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda. Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.
- Risiko Dalam Talian - Maklumat Palsu
- "Sebenarnya.my"
- "Check Your Label" & "E-waste"
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang sangat baik dari pihak sekolah SMK TAHO.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: