Kursus Keusahawanan Digital Siri 9/2019

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu- 27 April 2019, Pusat Internet Kg Bako telah mengadakan Kursus Keusahawanan Digital dan menjemput kami, Pusat Internet PPR Taman Malihah dan Pusat Internet PPR Taman Dahlia sebagai tenaga pengajar kepada persatuan Wanita Kampung Sungai Bako.

Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut bersama Pusat Internet Kg Bako yang diadakan di Pusat Internet Kpg Bako selama 9 jam bermula 8 pagi sehingga 5 petang.

Tujuan kursus ini diadakan untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan kaedah perniagaan atas talian bagi memudahkan peserta dalam menjalankan perniagaan serta memasarkan produk mereka.
Program ini juga menumpukan kepada tiga (3) fokus utama iaitu kesedaran (awareness), penerangan (explanation) dan didikan (education) yang digubal secara theoritical dan hands-on mengikut kesesuaian jenis kursus, latar belakang peserta (usahawan) dan keperluan dalam perniagaan.

Objektif kursus adalah:
Memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1) Cara membuat Email
2) Cara membuat dan menggunakan Facebook page
3) Membuat Logo perniagaan
4) Cara pengambilan gambar produk yang betul
5) Cara mempromosikan perniagaan secara atas talian

Semoga ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat buat semua peserta Kampung Bako Hulu dan maju jaya dalam bidang keusahawanan kelak.
Para peserta diingatkan supaya menggunakan peluang kemahiran dan pengetahuan Kursus 'Online Marketing' dan Asas Keusahawanan ini dengan sebaik-baiknya untuk direalisasikan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali