Taklimat KDB & Advokasi Giatmara Stampin

24 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2019(Jumaat), Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi berkolaborasi dengan Pusat Internet PPR Taman Dahlia dan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah mengadakan taklimat KDB dan Advokasi bertempat di Giatmara Stampin Kuching. Selain itu juga, kami memberi taklimat mengenai CYL dan e-Waste untuk pengetahuan pelajar tentang kebaikan menyemak label sebelum membeli alat komunikasi dan bagaimana cara untuk mengitar semula alatan elektronik yang tidak digunakan lagi. Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran terhadap diri mereka dan alam sekita

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
• Pengenalan Pusat Internet
• Tayangan Video Klik Dengan Bijak
• Kempen Check Your Label
• Kempen E-Waste

Kebaikan Aktiviti :
1. Pengenalan kepada Pusat Internet
2. Menerangkan mengenai keburukan dan kebaikan penggunaan internet, media sosial dan impaknya kepada golongan remaja.
3. Menerangkan kepada pelajar kebaikan membeli alat komunikasi yang mempunyai label MCMC.
4. Menerangkan tentang kesan buruk pembuangan sisa elektrik dan elektronik terhadap diri mereka dan alam sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali