TAKLIMAT KDB & Advocacy : CYBER-BULLYING & CYBER-GROOMING
18 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2018 (Rabu), PI PPR Tmn Dahlia dengan kerjasama PI PPR Tmn Malihah dan PI Bako kami dijemput oleh pihak sekolah Smk Sungai Maong untuk memberi ceramah berkenaan tentang Perlindungan Pengguna Dalam Isu Cyber-Bullying Dan Cyber-Grooming. selain itu, kami juga memberi taklimat mengenai CYL dan e-Waste.
Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran terhadap diri mereka dan alam sekitar. selain taklimat, kami juga mengadakan permainan yang berkaitan dengan maklumat palsu iaitu Radio Rosak. permainan ini mengajar mereka supaya jangan menyampaikan berita atau berkongsi maklumat yang tidak sahih di dalam media sosial.
Kebaikan/Kelebihan :
- Menerangkan mengenai keburukan dan kebaikan penggunaan internet, media sosial dan impaknya kepada golongan remaja.
- Menerangkan kepada pelajar kebaikan membeli alat komunikasi yang mempunyai label MCMC.
- Menerangkan tentang kesan buruk pembuangan sisa elektrik dan elektronik terhadap diri mereka dan alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: