Taklimat Kdb & Advocacy
24 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2018 (Selasa), PI PPR Taman Dahlia bekerjasama dengan PI PPR Taman Malihah telah mengadakan Taklimat KDB dan Advokasi di Sekolah SMK (A) Tun Ahmad Zaidi. Seramai 95 orang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3. Selain itu juga, kami memberi Taklimat mengenai ‘Check Your Level’ dan ‘e-Waste’ untuk pengetahuan pelajar tentang kebaikan menyemak label sebelum membeli alat komunikasi dan bagaimana cara untuk mengitar semula alatan elektronik yang tidak digunakan lagi. Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran terhadap diri mereka dan alam sekitar.
Selain memberi Taklimat, kami juga mengadakan permainan ‘Action Kamen’ dan Radio Karat sebagai aktiviti tambahan kepada para pelajar.
Kebaikan/Kelebihan:
1. Pengenalan kepada Pusat Internet.
2. Menerangkan mengenai keburukan dan kebaikan penggunaan internet, media sosial dan impaknya kepada golongan kanak-kanak amnya dan golongan remaja khususnya.
3. Menerangkan kepada pelajar kebaikan membeli alat komunikasi yang mempunyai label MCMC dan SIRIM.
4. Menerangkan tentang kesan buruk pembuangan sisa elektrik dan elektronik terhadap diri mereka dan alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: