KDB Tayangan Video
22 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2017, Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan Tayangan Video Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini dijalankan di PI PPR Taman Dahlia. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kebaikan mahupun keburukan dalam media sosial.
Program ini berlangsung selama 2 jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari yang juga dihadiri seramai 16 orang peserta. Para peserta ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak yang memuatkan tentang keselamatan dan keburukan melayari media sosial. Setalah itu peserta akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh staf PI PPR Taman Dahlia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: